Expired : 18.06.18

Jamie juara pertama W Series

PEMANDU Britain, Jamie Chadwick ditabalkan sebagai juara pertama saingan 20 pelumba wanita dalam perlumbaan satu tempat duduk W Series (Siri Wanita).


Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak £500,000 (RM2.5 juta), semalam biarpun hanya menamatkan perlumbaan di tempat keempat perlumbaan terakhir musim di Brands Hatch, England.


Pelumba berusia 21 tahun itu yang bermula daripada petak utama dan beraksi di hadapan penyokong sendiri, memerlukan penyudah tiga teratas untuk mengatasi pencabar dari Belanda, Beitske Visser untuk ditabal sebagai juara.


“Ia adalah keadaan paling teruk 30 minit dalam hidup saya, jujur saya katakan,” kata Jamie.


“Saya terpaksa menahan tekanan.”


Rakan senegara, Alice Powell menjejaskan skrip kejayaan Jamie dengan mendahului saingan sekaligus meraih kemenangan pertama dalam enam perlumbaan.


Pemandu Finland, Emma Kimilainen meraih tempat kedua perlumbaan itu.


Bietske yang berlepas daripada petak kelima memintas Chadwick untuk berada di tempat ketiga.


Jamie menamatkan saingan dengan 110 mata berbanding Bietske, 100. Alice ketiga dengan 76 mata.


Norlida Ishak Shop