Expired : 18.06.18

"Jangan Cakap Akak Tak Payung" - Aksi Wartawan Astro Arena Ini Buat Netizen Terhibur




Kamaruddin Razal



Viral



Sukan SEA ke-30 yang menghimpunkan aksi jaguh sukan negara-negara Asia Tenggara telah bermula dengan rasminya pada 30 November lalu di Filipina.

Selain menghimpunkan atlet-atlet dan pegawai sukan, Sukan SEA juga mengumpulkan wakil media seluruh negara Asia Tenggara yang berkampung di Filipina untuk memberikan laporan terbaik.

Dalam perkembangan terbaru, keadaan cuaca di Filipina kini dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik dan beberapa acara sukan pada temasya berkenaan terpaksa ditunda susulan Taufan Kimmuri yang mula membadai negara itu.

Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat wakil media untuk memberikan liputan terbaik untuk mereka di luar sana.

Keadaan itu terjadi kepada wakil Astro Arena yang berada di sana, Fina Nasrom.

Biarpun berdepan dengan angin kencang, perkara itu tidak mematahkan semangat Fina yang tetap gigih dan mahu memberikan laporan terbaik kepada penonton.

Di laman Instagram, Fina berkongsi keratan video payungnya yang 'hancur' dek kerana angin kencang ketika dia sedang membuat laporan kepada dua orang pengacara Astro Arena yang berada di studio, Dayang Atul dan Azlan Mubin.

"Pisoy baru say hyee, jangan cakap akak tak payung," seloroh Fina di ruangan kapsyen.
 




Laman Instagram Astro Gempak juga berkongsi kembali video yang telah dimuat naik oleh Fina.
 



Di ruangan komen, ada netizen yang terhibur dan merasakan kejadian yang berlaku kepada Fina adalah sesuatu yang melucukan.

Selain itu, rata-rata peminat memuji kesungguhan Fina yang tetap memberikan laporan terbaik biarpun berhadapan dugaan.

Jangan lupa untuk menyaksikan laporan berkenaan dengan temasya Sukan SEA di Astro Arena dan Arena HD sepanjang acara berlangsung!


Norlida Ishak Shop