Expired : 18.06.18

"Jangan Cakap Isteri Tak Tutup Aib Kalau Suami Tu Yang Buka Aib Di Dada!" - Lufya Dakwa Dianiaya Suami




Kamaruddin Razal



Hiburan


Pelakon dan penyanyi Lufya Omar, 34, mendakwa dia telah dianiaya oleh suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29.

Mendedahkan perkara terbabit di laman Instagram miliknya, Lufya memuat naik paparan skrin Instagram Hafiz setelah Lufya disekat oleh suaminya sendiri di laman sosial terbabit.

"Follow.. Unfollow.. Blocked? Follow.. Unfollow.. Blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke? Lari dari tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut.

"Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada! Dah cukup lama aku bersabar.

"Dah cukup lama aku dianiaya! Fitnah isteri kat keluarga macam-macam just to cover your BIG MISTAKES.

"Enough is enough. Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri.

"Aku pernah sakit aku kemurungan tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaannya," tulis Lufya.

Bekas bintang Akademi Fantasia 6 ini juga mendakwa suaminya mula memberikan masalah seawal tiga bulan perkahwinan mereka.

"Kesabaran aku diduga terlalu lama. Sejak tiga bulan kita berkahwin you dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran.

"Kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali, aku diam.. Aku diam.. Aku diam sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi. Luka kat badan tak sesakit luka kat dalam hati ni. Thank you so much," tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Lufya memohon agar wanita itu bersabar dan terus kuat demi anak.

Lufya dan Hafiz bernikah pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura yang lahir pada 11 November 2017.


Norlida Ishak Shop