Expired : 18.06.18

Jangan Geli Nak Makan, Ini 5 Khasiat Sup Kaki Ayam Untuk Anak & Seisi Keluarga




Korang selalu tak makan kaki ayam? Mesti ada yang suka sangat dan ada yang tak suka dan buang je bahagian ni masa siang ayam tu kan?


Tahu tak, walaupun harga kaki ayam ni dijual murah dan dianggap ‘lebihan’, tapi mungkin tak ramai sedar bahawa secara saintifiknya kaki ayam mengandungi banyak nutrien yang amat hebat untuk semua, termasuklah anak-anak kita.






Nutrien Yang Terkandung Dalam Kaki Ayam


Berikut adalah senarai nutrien yang terdapat dalam bahagian ayam ini.










  • 13 mg choline

  • 4 g karbohidrat

  • Tenaga 150 kcal

  • Asid lemak 187 mg omega-3

  • 100 UI vitamin A

  • 19 g protein

  • Asid lemak 2571 mg omega-6

  • 8 g lemak

  • 83 mg phosphor

  • 86 mg folat

  • 88 mg kalsium

Khasiat kaki ayam

Foto Kredit: seriouseats.com







5 Khasiat Kaki Ayam Untuk Anak-anak


1. Sumber Kolagen Semulajadi


Menurut satu kajian di Universiti Taiwan, kaki ayam adalah sumber kolagen yang hebat, murah dan mudah didapati.


Kita sedia maklum bahawa kolagen boleh membantu meremajakan kulit.


Selain membantu regenerasi sel dalam memberi kulit yang cantik, kolagen juga memiliki pelbagai fungsi dalam meningkatkan kesihatan tubuh.


Khasiat kaki ayam

Foto Kredit: depositphotos.com



2. Menu Ideal Ketika Demam


Ramai yang jadikan kaki ayam sebagai broth atau sup yang direneh lama bagi mengeluarkan khasiat dalam tulangnya.


Menurut penelitian, proses pemulihan seperti penyembuhan luka atau demam boleh berlaku lebih cepat dengan makan lebih banyak sup kaki ayam.


Ini kerana kaki ayam memiliki nutrisi yang lengkap untuk memperbaiki sistem imun dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.


Anak-anak juga kurang terdedah kepada penyakit atau jangkitan.


sawan demam

Foto Kredit: romper.com



3. Membantu Melegakan Sembelit


Di samping itu, pengambilan sup kaki ayam boleh mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam badan anda.


Oleh itu, jika anak anda mengalami sembelit atau penghadaman perlahan, bolehlah cuba diberi makan sup kaki ayam.


Foto Kredit: Lifepressmagazin.com



4. Menguatkan Tulang


Oleh kerana kaki ayam mengandungi sumber kalsium, ia boleh menguatkan sendi dan memperbaiki tulang kanak-kanak yang sedang membesar dengan cepat dan aktif.


Selain itu ia turut membentuk kuku, gigi dan gusi yang kuat dan sihat.


Khasiat kaki ayam


5. Kesihatan Jantung


Kaki ayam sangat baik untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menguruskan kadar denyutan jantung agar berfungsi dengan optimum.


Ia juga dikatakan dapat mengekalkan emosi seimbang dan mengurangkan tahap stres.


Foto Kredit: csn.org



Jangan Geli Nak Makan Kaki Ayam Ya!


Banyak lagi kebaikan dan manfaat sup kaki ayam yang menjadikannya hidangan yang bagus untuk seisi keluarga.


Contohnya, kaki ayam merupakan sumber utama chondroitin sulfate dan asid hyaluronik yang penting bagi kita yang makin meningkat usia.


Menurut sumber, chondroitin sulfate sangat baik untuk orang yang mempunyai masalah sendi atau masalah lain yang disebabkan oleh osteoartritis.


Sementara itu, asid hyaluronik pula sangat baik untuk melambatkan kesan penuaan. Awet muda gitu!


Jadi, janganlah geli-geli nak makan kaki ayam. Rugilah kalau tak manfaatkan semua khasiat ini kan?









Related Items:




Norlida Ishak Shop