Expired : 18.06.18

“Jangan Samakan Dulu Mak Aku Sebat, Aku Jadi Orang Juga” – Guna Rotan Didik Anak? Ini Pendapat Farah Lee




Mya Amri



Hiburan

“Jangan Samakan Dulu Mak Aku Sebat, Aku Jadi Orang Juga” – Guna Rotan Didik Anak? Ini Pendapat Farah Lee
Personaliti media sosial, Farah Lee berkongsi pendapat mengenai cara mendidik anak dengan mengguna rotan.
 
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Farah berpendapat menggunakan rotan sebagai tanda untuk memberi pengajaran jika anak-anak melakukan kesalahan bukan satu solusi yang bagus.
 
“Rotan.? Not okay. Semak kembali guideline mendidik anak dalam islam. Guideline menggunakan corporal punishment dalam islam.

“Islamic parenting is the core of all parenting methods theories semua-semua yang kita baca mat salleh buat tu. Mendidik tak perlu memukul, tegas tak perlu mengherdik.
 
“Hasil merotan mungkin nampak effective dalam masa terdekat, tapi kesan buruk pada emosi akibat menggunakan 'physical punishment' effect ke dalam dalam dalam.
 
“Jangan samakan dulu mak aku sebat aku jadi orang jugak, dulu ayah aku piat aku jadi orang jugak. Habis kalau orang dulu makan taik kita nak ikut makan taik jugak.?
 
“Allah suruh cari ilmu untuk improve living kan.? Cari, dan ubah.! Anak adalah AMANAH. Jadi ilmu keibubapaan adalah WAJIB dicari. Again, cari dan ubah.! #FLparenting,” tulisnya.

 
Perkongsian Farah itu mendapat pelbagai reaksi pengikutnya, ada diantara mereka yang bersetuju dan begitu juga sebaliknya.
 
“Good sharing Farah. Tapi kalau guna perumpaan yang lebih molek dari penggunaan makan taik tu lagi cantik posting ni. Kecik hati oran- orang tua zaman dulu baca caption posting ni. They dont have the luxury of internet, socmed like we have now to get these kind of knowledge and information, iye mungkin ada cara lama yang salah, tapi kita masih perlu respect mereka,” tulis @dilazainalabidin
 
“Setuju!!!! Allah suruh kita cari ilmu untuk lebih improve. Sama jugak masa akan datang. Kadang tu pukul anak zaman sekarang pun tak kena gayanya jugak. Kena selalu bimbing hubungan parents dengan anak-anak tu penting untuk mendalami anak kita jenis yang macam mana and macam nak guide dia,” komen @manjaasari
 
Terdahulu, Farah pernah berkahwin dengan personality TV, Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.
 
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 5.


Norlida Ishak Shop