Expired : 18.06.18

Jangan Sedap Hina Saya, Nanti Kena Batang Hidung Sendiri – Aliff Aziz

Aliff Aziz membuka episod tahun baru 2020 dengan kontroversi yang cukup hangat,  apabila tular satu video dia bertengkar mulut dengan beberapa individu dan beraksi tidak senonoh.


aliff aziz


Tampil memberikan respon mengenai tindakannya itu, Aliff meluahkan rasa kecewa terhadap sikap orang ramai yang terus mempersendakan dirinya di atas segala kontroversi yang berlaku sebelum ini.


Mereka tidak merasai apa yang sedang dilaluinya dan Aliff berkata, tiada siapa yang mampu bertahan jika berada dalam situasi yang sama. Dia menasihati netizen untuk mencermin diri sendiri, sebelum menilai orang lain.


aliff aziz jangan sedap hina saya


Aliff pada masa yang sama, mengakui dirinya seorang yang bermasalah dan telah memalukan serta melukakan hati orang yang disayangi dengan tindakan tidak senonohnya.


Sementara itu, penyanyi dan pelakon itu dilihat turut memadamkan semua fotonya di Instagram.


aliff aziz instagramTerdahulu, tular video Aliff mengamuk di sebuah restoran di Singapura, di mana dia  melepaskan kemarahannya dengan mengeluarkan beberapa kata-kata kesat. Dalam video tersebut, Aliff juga dilihat membuka zip seluar untuk menunjukkan kemaluannya.


Sumber Berita : Forum CARI


Norlida Ishak Shop