Expired : 18.06.18

Jangan Sesekali Berjanji Dengan Anak, Kalau Tiada Niat Untuk Tunaikan

Tolong ya mak ayah jangan buat main dengan janji pada anak, kalau betul nak bagi baik bagi jangan sekadar menanam gula di bibir. Kesannya pada anak sangat buruk:


Konon nak bagi anak bertindak, tetapi akhirnya mak ayah cuma berjanji dan anak-anak rasa ditipu. Itulah kesilapan besar yang kadang mak ayah pandang remeh.


Kesannya anak-anak tak nak lagi dengar apa yang mak ayah katakan. Jangan kata anak-anak tak pandai berfikir lagi ya, kalau dia boleh ikut arahan maknanya anak itu faham dan akan ingat skrip yang mak ayah pernah sebut.


Macam yang Doktor Muhammad Hassan ini tulis baru-baru ini, tak salah kalau tak mampu tunaikan janji dengan anak. Tetapi sekurang-kurangnya anak tahu ada sebab.


Mak ayah jangan banyak berjanji kepada anak-anak


“Adik mandi, makan, umie janji petang nanti kita pergi taman.”


Tapi bila sampai waktunya kita tidak tunaikan. Esok kita ulang skrip yang sama. Kita anggap anak-anak lupa sedangkan otak mereka telah program apa yang kita janjikan. Akhirnya anak-anak akan kecewa. Mula tidak peka dengan arahan. Mereka mula anggap kita tidak jujur dan berbohong.


Sebab itulah saya pesan kepada isteri:


1. Jangan sesekali berjanji dengan anak,jika berjanji ‘wajib’ tunaikan. Jika tidak mampu cakap kenapa janji tersebut tidak dapat ditunaikan.


2. Didik anak buat sesuatu untuk الله sayang.


“Muhammad mandi, makan, solat, kemas tempat tidur pasti الله sayang,pasti الله bagi ganjaran. Apabila الله sayang Muhammad umie pun sayang, abi pun sayang, semua orang sayang.”


3. Banyakkan memberi dari berjanji. “Oleh kerana adik rajin, soleh. Umi dan abi hadiahkan adik sebuah basikal..”


4. Setiap percakapan sertakan perkataan INSYAALLAH (dengan hati yang ikhlas). “Muhammad RAJIN mandi,makan,solat,bantu umi kemas rumah INSYAALLAH umi dan abi bawa pergi jalan-jalan ke pantai ya.” Nampak tak setiap perlakuan, percakapan kita memberi impak terhadap emosi anak-anak.


Semoga info ini bermanfaat buat mak ayah di luar sana.


Norlida Ishak Shop