Expired : 18.06.18

Janganlah kita manusia jadi Tuhan mahupun Malaikat Batal Kahwin Awi Rafael Kena Tarbiah Dengan Norish Karman

Pelakon Norish Karman hari ini, meluahkan rasa kesal terhadap segelintir kaum lelaki yang sanggup membatalkan perkahwinan gara-gara kisah silam wanita yang mahu dinikahinya.


Luahan ini telah dikongsikan menerusi akaun instagram Norish di IG stories dan dilihat ada menyebut nama Awi Rafael yang sedang hangat dengan kontroversi membatalkan perkahwinan di saat-saat akhir.


Menurut Norish, sebagai seorang lelaki dan bakal bergelar suami, seharusnya lebih bersedia untuk memegang peranan penting membimbing keluarga ke jalan yang betul dan bertanggungjawab atas apa sahaja tingkah laku bakal isteri dan anak-anak.



“Lelaki adalah Khalifah membimbing wanita juga anak-anak. Hanya yang lemah dan dayus mengharap kesempurnaan dari wanita yang dicipta dari rusuk lelaki. When Allah swt sent a woman to a man, it is only for him to guide to build to love and care for her. Kesempurnaan tak akan dikecapi dalam manusia.” – tulisnya di Instagram


Tambahnya lagi, seharusnya bagi seorang lelaki yang mahu berkahwin, sepatutnya jangan biarkan hidup ini dihantui oleh kenangan silam bakal isteri. Jangan disebabkan peristiwa silam itu membuatkan seseorang lelaki itu sanggup membatalkan perkahwinan.


“Suatu hari nanti kita akan menyesal kerana menghukum manusia atas masa lampau manusia lain, janganlah kita manusia jadi Tuhan mahupun Malaikat”-katanya




Bersetuju dengan kenyataan Norish, bagi penulis, yang lepas, biarkan lepas kerana tidak akan dapat mengubah apa pun. Fokus apa yang ada di hadapan kita. Pastikan apa yang kita lakukan adalah yang terbaik buat diri kita.


Sumber:hangat.com TQ


Semua sedia maklum tentang perkahwinan Awi Rafael bersamaAtikah Suhaimi yang dijadualkan bakal berlangsung pada 17 Mac 2019 (Ahad) ini telah dibatalkan di atas sebab-sebab yang tertentu.


Berbagai-bagai spekulasi dari netizen tentang punca pasangan ini membatalkan  perkahwinan, namun sehingg artikel ini ditulis, masih belum ada lagi kenyataan rasmi dari pihak mereka.



Walaubagaimanapun, di dalam ruangan komen di Instagram, terlihat bapa Atikah iaitu Suhaime Jamali memperbetulkan punca sebenar mengapa perkahwinan ini dibatalkan.


Kata Suhaime, tindakan yang diambil sebenarnya adalah dari keputusannya sendiri bukannya Awi yang membatalkan perkahwinan ini.


“Saya bapa Atikah Suhaime, nak perbetulkan, majlis (Pernikahan Awie dan Atikah) bukan Awi batalkan tapi saya yang batalkan” – katanya di ruangan komen



Dalam komen yang lain,  Suhaime memberitahu bahawa Awi dan sekeluarga tidak boleh menerima kemahuan yang diinginkan untuk masa depan anak perempuannya.


Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu malah Awi sebelum ini turut meluahkan hasrat untuk merakamkan detik perkahwinannya pada Ahad ini untuk dimuat naik dalam lagu terbaharunya yang juga buah tangan buat bakal isterinya itu.


Sebagai peminat Awi Rafael dan Atikah, seharusnya kita memberi ruang dan masa kepada mereka sebelum beliau dapat menjawab apa-apa persoalan atau membuat kenyataan yang seterusnya


Sumber:hangat


Artikel berkaitan


Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup a!b dia yg dulu. Perkahwinan Dibatalkan, Awi Rafael Muat Naik Video.


Nampaknya peminat tidak dapat melihat selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael disatukan sebagai suami isteri apabila perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 17 Mac dibatalkan pada saat akhir. Berita itu diumumkan sendiri oleh Atikah menerusi akaun Instagramnya.



Atikah berkata mereka bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk bergelar suami isteri, tetapi mungkin tidak cukup kuat berjuang untuk terus mempertahankan cinta mereka.


Bagaimanapun, Atikah berharap hubungan baik antara beliau dan Awi dapat dikekalkan dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama ini.


Hati siapa yang tidak sedih bila sedang menghitung hari untuk menempuh hari bersejarah tetapi ditimpa dengan berita yang sungguh menyedihkan dan terpaksa untuk membatalkan impian untuk berkahwin. Namun, itulah yang dinamakan jodoh. Semoga Atikah dan Suhaimi tabah dengan dugaan ini.


Klik untuk gambar besar


 


Penyanyi Awi Rafael  juga mengesahkan harus membatalkan perkahwinannya bersama pelakon Atikah Suhaime yang dijadulakan berlangsung pada Ahad ini.


Menerusi entri di Instagram (IG), Awi menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka a!b sesiapa.


Awi harap semua teman akan faham.. Awi sudah coba buat yg terbaik utk dia & Awi sekeluarga sdh pun bersiap sedia utk Ahad ini. Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup a!b dia yg dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerna itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu. 


Namun.. Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini.. Awi harap kawan2 semua akan faham. Dahlah.. Awi pun tak ingin bukak a!b sesiapa. –


Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat2 akhir ini. 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop