Expired : 18.06.18

Janna Nick Diugut Bunuh!

 


Karakter Ana Julia direalisasikan Janna dengan berkesan hingga timbulkan kebencian netizen.

DALAM penerbangan menuju Moscow, Russia semalam malam, 11 Jun, pelakon sensasi Janna Nick sempat memuatnaik satu posting di akaun peribadinya.


Janna bakal menyambut raya di rantau orang atas jemputan menyaksikan Fifa World Cup. Turut serta pelakon Alvin Chong.


“Ruang nak hamun Ana Julia disediakan. Saya dapat banyak DM (mesej peribadi) yang nak tumbuk Ana Julia, ugut-ugutan seperti nak tarik rambut dan bunuh!


“Boleh lepaskan amarah di ruangan komen,” tulis Janna. Sampai begitu sekali netizen benci dan meluat terhadap Ana Julia, karakter antagonis dalam drama Isteri Untuk Diiktiraf.


Drama arahan Azman Hj Yahya ( Jinggo), terbitan JS Pictures itu sedang dalam minggu akhir tayangan di TV1.


Janna dalam kenyataannya kepada Mangga Media sebelum ini menganggap kebencian dan kemarahan netizen itu membuktikan keberkesanan persembahan lakonannya.


“Saya lega bila ramai bencikan Ana Julia. Saya tak marah pun. Itu membuktikan lakonan sampai di hati penonton,” ujarnya.


Drama kontroversi tersebut turut dibintangi Elvina Mohamed, Redza Rosli, Dayana Roza, Shahz Jaszle dan ramai lagi. Janna bakal berada di Moscow selama lapan hari.


Janna bakal berada selama lapan hari di Moscow bagi menyaksikan Fifa World Cup, sekaligus menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 


 


The post Janna Nick Diugut Bunuh! appeared first on Mangga Media.


Norlida Ishak Shop