Expired : 18.06.18

Jantung anak terhenti 10 minit – Lana memohon doa orang ramai

PEMBEDAHAN jantung akibat masalah injap (Aortic Stenosis) membabitkan anak kedua pelakon, Lana Nodin iaitu William Daud Mckienzie, dua bulan ditangguhkan selepas jantung bayi itu terhenti selama 10 minit.


“Anak dibawa ke bilik pembedahan jam 2.30 petang tadi. Ketika persediaan pembedahan dibuat, secara tiba-tiba jantung anak berhenti.


“Kemudian doktor memberikan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR). Selepas beberapa minit, jantung anak kembali berfungsi.


“Selepas itu, anak terus dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan rapi selama 48 jam. Jadi, pembedahan anak tak boleh dibuat hari ini,” katanya.


Lana berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anaknya.


“Hanya Allah saja tahu perasaan saya apabila mendapat berita yang disampaikan suami. Ketika itu saya sedang solat.


“Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan. Saya juga mengharap bantuan orang ramai untuk sama-sama mendoakan anak,” katanya.


Terdahulu, anak kedua Lana dan suaminya, Mohd Daud McKienzie dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara (IJN), di sini, semalam sebelum menjalani pembedahan yang dijadual petang tadi.


Terdahulu Lana Ada memuat turun tentang kesihatan anaknya di IG




“Terima kasih kepada semua keluarga, kenalan dan peminat yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan mendoakan anak saya,” katanya.


Menurutnya, selepas menjalani pembedahan anaknya akan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan lanjut.


“Insya-Allah, jika tidak ada sebarang komplikasi anak akan ditempatkan di wad biasa. Sebelumnya kena masuk ICU dulu untuk satu malam.


“Selepas itu, anak perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi memastikan injap jantung berfungsi dengan baik dan pemantauan juga berterusan hingga dia besar,” katanya.


Bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur kerana masalah dihadapi anaknya tidak seteruk bayi dan kanak-kanak lain yang menghidap penyakit jantung.


“Apabila melihat ibu bapa lain yang sangat kuat, saya juga kena jadi seperti mereka. Saya tak boleh lemah semangat.


“Walaupun anak tak sempurna macam bayi lain, tapi saya bersyukur dugaan tak seberat orang lain. Apa diharapkan, semoga anak sembuh dan membesar dengan baik,” katanya.


Lana turut mengajak orang ramai untuk menderma di Yayasan IJN bagi membantu bayi dan kanak-kanak pesakit jantung.


“Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung Yayasan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.


“Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan,” katanya.


Sumber : Naluri Kini


Norlida Ishak Shop