Expired : 18.06.18

Jaring gol sendiri dengan muka... [VIDEO]




PENYOKONG tidak mengambil masa lama untuk melihat sisi lucu selepas Kepa Arrizabalaga tidak bernasib baik menjaringkan gol sendiri selepas bola terkena mukanya ketika Chelsea seri menentang Ajax dalam Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.


Penjaga gol terbabit dengan sepakan percuma dari arah kiri menuju ke gawangnya yang kemudian mengenai tiang lalu melantun mengenai mukanya ketika dia melayangkan badan untuk menyelamatkan keadaan.


Pengulas televisyen Gary Lineker yang mengetuai jenaka itu mendakwa penjaga gol Sepanyol itu seperti 'Lakukan macam Kepa' sementara bintang hoki Olimpik Sam Quek mengatakan 'Anda tidak akan dapat melihat tandukan lebih baik daripada itu untuk seketika.'


Ia adalah jaringan gol kedua pada perlawanan itu dilakukan oleh Chelsea selepas Tammy Abraham menjaringkan gol sendiri ketika permainan baru memasuki tiga minit.


Perlawanan menentang kelab jaguh Belanda itu berkesudahan 4-4.





Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 3:30 PM



Norlida Ishak Shop