v Jaringan Ronaldo bantu Juventus seri
Expired : 18.06.18

Jaringan Ronaldo bantu Juventus seri

PENALTI disempurnakan Cristiano Ronaldo pada masa kecederaan membolehkan Juventus seri 1-1 di AC Milan dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Itali sekali gus meneruskan sentuhan gol menakjubkan pemain itu.

Pemain berusia 35 tahun kini menjaringkan 12 gol dalam lapan perlawanan terakhir menerusi semua kejohanan selepas pemain kebangsaan Portugal dibandingkan dengan pencabar lamanya, Zlatan Ibrahimovic walaupun tidak banyak memberi kesan kepada perlawanan itu.

Milan menerima tamparan hebat selepas Theo Hernandez di layangkan kad merah pada minit ke 71 ketika mereka gagal mengekalkan kedudukan mendahului menerusi jaringan Ante Rebic.

Juve kini menjadi pilihan untuk mara apabila kedua-dua pasukan bertemu di Allianz Stadium, dengan final masih menjadi buruan antara Inter Milan atau Napoli.

Tuan rumah memulakan permainan dengan agresif, apabila tandukan Ibrahimovic melepasi palang gol di awal permainan.

Dia terus memberi ancaman kepada bekas kelabnya namun tolakan menggunakan tumit belakang tersasar daripada tiang gol, sebelum dilayangkan kad kuning di mana menyaksikan dia terlepas perlawanan timbal balik berikutan menerima penggantungan.

Juventus turut mengancam kubu lawan selepas Juan Cuadrado memperoleh peluang terbaik sebelum waktu rehat namun berjaya diselamatkan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma.

Pertembungan empat pasukan terakhir bagi perlawanan kedua berlangsung pada 4 dan 5 Mac dengan final di Stadio Olimpico di Rome pada 13 Mei.