Expired : 18.06.18

Jawab 'not my level', warga maya teruk dicerca Azwan Ali

Tangkap layar menunjukkan seorang pengguna Twitter disekat Azwan Ali. — Foto ihsan Twitter/Ian
Tangkap layar menunjukkan seorang pengguna Twitter disekat Azwan Ali. — Foto ihsan Twitter/Ian

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Hanya kerana mengatakan tidak mahu hadir ke majlis ulang tahun Azwan Ali, seorang individu dimaki hamun selebriti itu.

Mendakwa tiada niat lain selain bergurau, pemilik akaun Twitter, Ian Careno, bukan hanya dicerca malah disekat adik menteri kanan kerajaan.


“Berakhirnya sudah hiburan saya di Twitter,” coretnya kelmarin yang dikongsi 8,000 warga maya.


Berdasarkan tangkapan layar dimuat naik, Azwan awalnya mengumumkan bahawa hari jadinya ke-54 makin hampir, sebelum bertanya kepada pengikutnya siapa yang mahu ikut serta.


Ian kemudian, cuba berjenaka dengan mengatakan “tak nak, not my level”.


Namun tanpa diduga, gurauannya dibalas dengan kata-kata kesat dari bekas pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL).


“Berambuslah neraka jahanam,” coret Azwan ditambah dengan kata-kata kesat.


Mengulas lanjut, Ian berkata, beliau sebenarnya sudah menjangkakan akan disekat artis popular itu, tetapi tidak terfikir seteruk itu dimarah.


“Orang gurau saja kot. Paling tak puas hati bila dia cakap kemaluan kecil,” katanya.