Expired : 18.06.18

Jemaah Islam Indonesia Rempuh Pagar Masjid, Berkeras Mahu Tunaikan Solat Jumaat

Indonesia hari ini mencatatkan lebih 300 kematian di sana akibat penularan wabak COVID-19, manakala lebih 4,000 orang telah disahkan mengidap penyakit sama. Dr Musa Nordin, seorang pakar perubatan di Hospital KPJ melihat Indonesia sebagai ‘bom masa’ bagi kes wabak COVID-19 yang bakal meletup bila-bila masa.


Terbaharu, tular di media sosial satu kejadian rempuhan pagar masjid yang terjadi di negara jiran apabila ada sekelompok penduduk kampung yang berkeras mahu menunaikan solat Jumaat.




Gimana hukumnya yai @cholilnafis bila ada kerumunan massa mendesak jumatan


Lokasi salah satu Masjid di Kabupaten Banjar Kalimantan selatan. Mrk resah udeh 2x ga jumatan. pic.twitter.com/ZjRfDKjPuc


— Ahmad Ripani (@El_AhmadRipani) April 10, 2020



Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, @El_AhmadRipani menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura di Kabupaten, Banjar Kalimantan Selatan pada 10 April, Jumaat lalu.


Beliau dalam ciapannya menulis bahawa kawasan tersebut sudah dua kali tidak menunaikan solat Jumaat selepas pemerintah Indonesia mengeluarkan arahan penguncian di beberapa daerah.



Kejadian primitif ini terjadi di Masjid Al Karomah Martapura Kalimantan Selatan, krn dilarang shalat jumat jemaah memaksa masuk sampai merubuhkan pagar masjid. Mereka takut jadi kafir, auto murtad.


Kentu#ButuhDriver
Goride
Andrea Hirata
Jumat Agung pic.twitter.com/0EY33KBJVn


— Eko Kentudi (@eko_kentudi) April 10, 2020



Dalam satu ciapan lain, seorang pengguna Twitter memberitahu di media sosial bahawa kejadian yang berlaku disebabkan penduduk kampung tersebut dilaporkan takut murtad disebabkan tidak menjaga solat Jumaat.


Manakala tiga minggu yang lalu, kejadian sama turut terjadi di Bandung apabila segelintir penduduk tempatan cuba masuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.


Mereka menurunkan sepanduk yang tertulis alasan kenapa masjid tersebut ditutup dan dalam masa yang sama cuba ditahan oleh pihak polis. Perbezaan pendapat berlaku di antara penduduk Bandung dan pihak polis. Namun tidak pasti bagaimana situasi itu dileraikan.


Situasi ini jelas sukar dikawal apabila segelintir masyarakat Indonesia masih kurang memahami bagaimana COVID-19 bekerja.


Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di Indonesia, klik pautan di bawah.



Kes COVID-19 Di Indonesia Dijangka Cecah Sehingga 700,000 Pada Bulan Hadapan





Coronavirus Uji Kemanusiaan, Rakyat Indonesia Halang Jenazah COVID-19 Ditanam Kerana Takut Dijangkiti





Jokowi Isytihar Darurat Akibat COVID-19, Beratus Pelancong Asing ‘Lari’ Tinggalkan Indonesia