Expired : 18.06.18

Jerebu Makin Teruk, Malaysia Kini Berada Di Kedudukan Ke....  

Jerebu Makin Teruk, Malaysia Kini Berada Di Kedudukan Ke....  

Sudah lebih seminggu Malaysia dilanda jerebu.


 
Seperti dinyatakan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin, masalah jerebu yang sedang melanda Malaysia ketika ini berpunca daripada kebakaran hutan republik Indonesia.
 
BACA: Indonesia Nafi Jadi Punca Jerebu… Ini Jawapan Balas Malaysia
 
Namun, laporan dikeluarkan laman Switzerland AirVisual, Malaysia kini berada di kedudukan ketiga mempunyai tahap udara yang paling tercemar dengan kadar Air Quality Index (AQI) setinggi 162.
 
Difahamkan kadar AQI Malaysia semalam adalah 152 berbanding 162 dicatatkan hari ini.
 
Tempat pertama udara paling tercemar pula milik Dubai diikuti Indonesia di tempat kedua dengan kadar AQI masing-masing sebanyak 170 dan 164.
 
Sementara itu, berdasarkan pemerhatian Gempak di laman Air Pollutant Index of Malaysia (APIM), sebanyak 38 lokasi disifatkan sebagai sederhana dan 29 tempat mencacatkan pengudaraan tidak sihat.
 
Hanya satu lokasi dianggap paling tidak sihat iaitu di Johan Setia, Selangor.
 
Anda boleh lihat carta penuh di bawah.

Gambar: JakartaPost
 


Norlida Ishak Shop