Expired : 18.06.18

Jihan abai sapina, Aisyah luah kesal di Instagram

Penyanyi Aishah melahirkan rasa terkilan di Instagram selepas pengacara Gegar Vaganza enggan hadir ke mahkamah. — Foto ihsan Instagram/Gegar Vaganza Official
Penyanyi Aishah melahirkan rasa terkilan di Instagram selepas pengacara Gegar Vaganza enggan hadir ke mahkamah. — Foto ihsan Instagram/Gegar Vaganza Official

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Penyanyi Aishah mengaku kesal selepas Jihan Muse enggan terlibat dalam kes perbicaraannya.

Aishah, 54, berkata Jihan memang individu yang dimaksudkan dalam kirimannya di Instagram awal minggu ini, lapor mStar Online.


“Memang saya tulis status tersebut untuk ditujukan kepada Jihan sebab dia dan Nabil sepatutnya disapina supaya hadir ke mahkamah.


“Malangnya pihak peguam saya susah hendak sampaikan sapina itu hinggakan peguam bercadang untuk keluarkan iklan untuk cari dia,” katanya.


Penyanyi Janji Manismu melahirkan rasa terkilan di Instagram selepas pengacara Gegar Vaganza enggan hadir ke mahkamah bagi memberikan keterangan.


Beliau sebelum itu mendakwa Datuk Seri Hasmiza Othman perlu menggantikan berlian asli bernilai RM80,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum 17 Julai ini.


Hasmiza atau mesra disapa Vida tahun lepas dilaporkan tidak memberikan berlian asli kepada Aishah sebagai juara Gegar Vaganza.


Norlida Ishak Shop