Expired : 18.06.18

“Jika Tiada Proses Pembelajaran Dalam Hidup, Seseorang Individu Itu Akan Mati,” – Fikry Ibrahim Rancang Sambung Sarjana



Fikry Ibrahim

Baru sahaja menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Pengiklanan Media Komunikasi, pelakon Fikry Ibrahim bakal menyambung pengajian ke peringkat sarjana.


Ikutkan perancangan, bitnang itu bakal menyambung pengajian pada tahun 2020.


Jelasnya kepada MH, proses menuntut ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Walaupun sibuk dengan dunia lakonan dan sedang mengembangkan perniagaan, namun dia nekad demi segulung ijazah.


Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Pengiklanan Media Komunikasi.


“Saya tidak menyangka berjaya menamatkan pengajian kerana saya terpaksa menangguhkan pelajaran apabila terbabit dalam dunia lakonan. Saya menyambung semula pengajian dan sangat sibuk dengan latihan industri, lakonan dan perniagaan. Agak sukar namun berkat doa ibu, teman-teman dan usaha sendiri, akhirnya saya berjaya juga.


“InsyaAllah 2020 saya akan menyambung pengajian peringkat sarjana. Selepas ini saya akan meneruskan perniagaan,” katanya.


Biarpun sudah bertapak kukuh dalam industri hiburan, namun jelasnya, ilmu tetap harus digali hingga hujung nyawa.


Setiap hari bagi pelakon berusia 25 tahun ini adalah proses pembelajaran dalam hidup.


Bagi saya ilmu sangat penting kerana untuk mendewasakan kita. Ijazah hanya sekadar secara rasmi saya telah menuntut ilmu.


“Setiap pelajaran yang diperoleh daripada sekeliling juga penting, setiap pembacaan dan pertanyaan ialah proses belajar.


“Jika kita tiada proses pembelajaran dalam hidup, seseorang individu itu akan mati sebelum usia,” tambahnya lagi.




Norlida Ishak Shop