v Jodie buat Johanna terkedu
Expired : 18.06.18

Jodie buat Johanna terkedu

PEMAIN nombor satu Britain, Johanna Konta tewas pada perlawanan pertamanya sejak Mac lalu ketika Jodie Burrage menampilkan kejutan pada aksi Battle of the Brits awal pagi ini.

Johanna pemain di ranking ke-14 dunia mempamerkan aksi jauh daripada permainan terbaiknya dan kerap hilang tumpuan ketika kekalahan 4-6, 3-6.

Jodie, 21, mara ke dua final Kejohanan LTA sebelum ini dan beraksi baik dalam persembahan yang meyakinkan. Saya rasa sangat terharu," kata pemain nombor tujuh Britain itu.

"Saya terkejut dengan cara permainan saya. Apabila saya menyedari dapat mengatasinya saya begitu berdebar dan seperti tidak mahu melakukan pukulan ke gelanggang.

"Pagi ini saya sangat teruja untuk beraksi dan melakukan pukulan. Saya tidak berdepan sebarang tekanan."

Selepas kekalahannya, Johanna mengesahkan dia menarik diri daripada kejohanan Terbuka Palermo minggu depan - kejohanan pertama WTA sejak Mac lalu - untuk memberi tumpuan kepada Terbuka AS bulan depan yang berlangsung dalam keadaan tertutup.