Expired : 18.06.18

Jom Saksikan ‘Live’ Dari Parlimen Bersama MP Cameron Highlands Malam Ini, Kupas IPCMC

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Pada Julai lalu, Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat yang mana akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan serta menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.


Namun akibat ketidakcekapan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam memahami prosedur, RUU tersebut akhirnya tidak ditentukan semalam, tetapi dipanjangkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas untuk dikaji sebelum dibawa kembali ke Dewan Rakyat bagi diputuskan.


Justeru malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan menampilkan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor yang juga bekas pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam slot ‘Dari Parlimen’ bagi mengupas isu-isu mengenai IPCMC.


‘Dari Parlimen’ akan bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam ini di Facebook parti, https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.


Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya dan bersama-sama mengikuti kupasan dari tetamu jemputan.


Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa UMNO telah menentang RUU IPCMC secara konsisten berdasarkan ada penolakan sejak ianya dicadangkan oleh pembangkang ketika itu iaitu penolakan dari Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) dan Persatuan Pegawai-pegawai Rendah Polis (PPRP).


Selain itu Dr Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri berkata, tiada keperluan untuk mewujudkan IPCMC kerana Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) sudah memadai dan cukup lengkap untuk memantau semua agensi penguatkuasaan termasuk PDRM di samping PDRM sendiri telah mempunyai Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). – UMNO ONLINE


Norlida Ishak Shop