Expired : 18.06.18

JPJ Mengatakan Pemandu Seru-Pandu Hanya Boleh Mengambil Penumpang Melalui Aplikasi

Baru-baru ini kami ada melaporkan bahawa para pemandu perkhidmatan seru-pandu seperti Grab dan sebagainya kini perlu mendaftar diri mereka untuk lesen PSV ataupun Public Service Vehicle sebelum Julai 2019.


Terkini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan satu lagi kenyataan bahawa para pemandu perkhidmatan seru-pandu ini tidak dibenarkan untuk mencari ataupun menunggu untuk pelanggan tanpa menggunakan aplikasi syarikat pengendali yang didaftarkan oleh mereka.


Menurut pihak JPJ, “Mana-mana pemandu perkhidmatan e-hailing yang gagal mematui mana-mana syarat yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan tersebut,”.


Mereka mungkin bercakap mengenai pemandu-pemandu perkhidmatan seru-pandu yang membuat perjanjian dengan penumpang yang akan memberi wang tunai kepada mereka supaya pemandu-pemandu ini boleh mendapat keuntungan yang lebih besar tanpa perlu membayar potongan kepada syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan seru-pandu ini.


Dalam pada itu, pindaan kepada undang-undang sedia ada untuk perkhidmatan seru-pandu ini seperti kaedah kenderaan motor (pembinaan dan penggunaan) 1959; kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan dan kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang 1959 dan kenderaan bermotor (pemeriksaan berkala, kelengkapan dan standard pemeriksaan) 1995 akan dilaksanakan pada 12 Julai 2019 kelak.


Norlida Ishak Shop