Expired : 18.06.18

‘Jualan MTM Mart meningkat sejak kempen BMF dilancarkan’

Oleh Fazleen Safina


BANGI, 13 Safar 1441H, Sabtu – Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) yang dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan ABATA Commerce Sdn Bhd terus mendapat sambutan, dan paling gembira usahawan Melayu Islam kerana perniagaan mereka menjadi tarikan pengguna.


Pengusaha runcit MTM Mart, Shamimbano Ismail ketika dihubungi Ismaweb mengakui hasil perniagaannya meningkat semenjak kempen BMF mula dilancarkan pada April lalu.


“Sejak kempen BMF ini dilancarkan, alhamdulillah, hasil jualan semakin bertambah dan perniagaan saya juga semakin maju,” katanya.


“Bila muslim beli dan sokong barangan muslim lain, kedai muslim akan menjadi semakin maju, malah mereka juga berpeluang tinggi untuk membuka cawangan kedai lain.


                                             


“Selain itu, pengusaha muslim pada masa sama dapat membuka peluang pekerjaan kepada orang-orang muslim,” katanya yang sudah membuka MTM Mart hampir 6 bulan.


Shamimbano mengakui BMF telah memberi semangat kepada pengusaha muslim lain untuk berani mengeluarkan modal untuk membuka kilang dan membeli pengangkutan perniagaan seperti lori.


“Melihat kepada kemajuan pengusaha seagama, orang muslim lain juga akan turut terkesan mengikut jejak langkah mereka, kerana produk yang terbukti halal dan suci adalah perkara utama yang semua pengguna muslim titik beratkan, katanya.


                                                


Bermula dengan perniagaan makanan sejuk beku secara kecil-kecilan di rumah, Shamimbano berkata, MTM Mart yang diasaskannya bulan April lalu kini mempunyai dua orang pekerja.


MTM Mart yang terletak di Batu Caves, Selangor menjual 100 peratus barangan runcit keluaran muslim seperti beras, susu, makanan sejuk beku, minyak masak, tepung, gula dan sebagainya.


                                            


 


Beliau berkata, membuka beberapa cawangan MTM Mart lain dan menjadi pembekal barangan runcit dan makanan sejuk beku adalah antara impiannya pada masa hadapan.


“Saya juga ingin menasihatkan pengusaha muslim di luar sana supaya sentiasa istiqamah dan sabar, di mana ia menjadi kunci utama dalam sesuatu perniagaan, selain sentiasa berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan kepada pelanggan,” katanya.


Bagi terus menyokong produk keluaran muslim, seterusnya menjayakan kempen BMF, orang ramai boleh berkunjung ke MTM Mart beralamat di 14, Jalan Pinggiran 1/1, Taman Pinggiran, 68100, Batu Caves, Selangor yang dibuka setiap hari.



The post ‘Jualan MTM Mart meningkat sejak kempen BMF dilancarkan’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop