Expired : 18.06.18

Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering) Terbitan UTM Terima Pengiktirafan Crème 2019


Putrajaya, 5 Nov. — Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering) terbitan Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipilih sebagai penerima Sijil Pengiktirafan Jurnal Crème bagi tahun 2019.


Pengiktirafan ini adalah kali pertama diterima sejak Jurnal Teknologi diterbitkan pada tahun 1977 dan diindeks Scopus pada tahun 2011. Jurnal ini menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam pangkalan data antarabangsa untuk kategori Jurnal Berpotensi Creme 2019 diindeks dalam Scopus bagi bidang Sains, Teknologi dan Perubatan.


Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering) diterajui oleh Profesor Dr. Rosli Md Illias dan dibantu oleh barisan Sidang Editor yang berwibawa. Jurnal ini mensasarkan penerbitan enam kali setahun dan keluaran terkini boleh dilayari di laman sesawang https://jurnalteknologi.utm.my.


Anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPM, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir  di Majlis Malaysia’s Research Star Award (MRSA) & pengiktirafan Jurnal Crème 2019 yang berlangsung di Zenith Hotel Putrajaya pada 5 November 2019.


Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang mewakili Menteri Pendidikan Malaysia.



Ketua Editor Jurnal Teknologi, Prof. Dr. Rosli Bin Md. Illias menerima anugerah


Anugerah Crème mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan ini merupakan tahun kelima penganugerahan.


Anugerah ini merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kepada jurnal-jurnal akademik yang diterbitkan oleh penerbit ilmiah tempatan yang telah menunjukkan prestasi tinggi berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Pusat Sitasi Malaysia dengan kerjasama dua agensi pengindeksan berprestij, iaitu Clarivate Analytics dan Elsevier Science.


Penerima-penerima anugerah Majlis Malaysia’s Research Star Award (MRSA) & pengiktirafan Jurnal Crème 2019 dari UTM



Anugerah MRSA pula memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada penyelidik tempatan hasil kejayaan penghasilan penyelidikan dan penulisan ilmiah berkualiti yang berjaya diterbitkan serta diindeks ke dalam pangkalan data antarabangsa terkemuka.


Norlida Ishak Shop