Expired : 18.06.18

Jurulatih Bosnia letak jawatan

BEKAS pemain Croatia Robert Prosinecki meletak jawatan selaku jurulatih Bosnia Herzegovina awal pagi tadi selepas ‘gagal’ ke Euro 2020 susulan kekalahan 2-4 kepada Armenia.


Prosinecki, yang mewakili negaranya ketika mereka menduduki tangga ketiga Piala Dunia 1998, mengendalikan pasukan itu sejak Januari tahun lalu tetapi pasukan terbabit menduduki tangga keempat kumpulan dengan tujuh mata hasil enam perlawanan, ketinggalan lapan mata berbanding pendahulu Itali.


“Saya berbincang dengan semua orang dan saya menarik diri. Sejak saya mula memegang jawatan itu, saya sangka kami mampu layak. Kami gagal,” kata jurulatih berusia 50 tahun itu selepas perlawanan di Yerevan.


Sebagai jurulatih beliau pernah menjadi pembantu jurulatih Croatia sebelum dilantik sebagai jurulatih Azerbaijan selepas menamatkan kariernya sebagai pemain yang menyaksikannya menyarung jersi Real Madrid, Barcelona dan Sevilla.


Satu-satunya penampilan Bosnia pada kejohanan utama adalah pada Piala Dunia 2014 di Brazil di mana mereka menduduki tangga ketiga kumpulan di belakang Nigeria dan naib juara Argentina.


Norlida Ishak Shop