Expired : 18.06.18

Justo: Polis Malaysia paksa saya mengaku Najib 'PM terbaik'

Xavier Justo mendedahkan polis Malaysia memaksanya membuat pengakuan secara terbuka bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah 'perdana menteri terbaik'. ― Foto oleh Firdaus Latiff
Xavier Justo mendedahkan polis Malaysia memaksanya membuat pengakuan secara terbuka bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah 'perdana menteri terbaik'. ― Foto oleh Firdaus Latiff

KUALA LUMPUR, 31 Okt ― Bekas eksekutif PetroSaudi Xavier Justo mendedahkan polis Malaysia memaksanya membuat pengakuan secara terbuka bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah “perdana menteri terbaik”.

Pemberi maklumat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang meringkuk di penjara Thailand selama 18 bulan berkata pengakuan itu merupakan salah satu syarat bagi jaminan pembebasannya.



“Ada tiga wakil polis Malaysia dan mereka suruh saya kata yang saya ini orang jahat, saya sukakan wang dan Tarek (Obaid) serta PetroSaudi adalah baik,” katanya dalam persidangan jenayah kewangan di sini.


“Dan saya juga disuruh berkata Najib perdana menteri terbaik...semestinya saya tidak tahu jika dia begitu.”



Antara wakil polis yang menemuinya adalah pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Amar Sing Ishar Singh, dakwa Justo.


* Baca seterusnya di Malay Mail.


Norlida Ishak Shop