Expired : 18.06.18

Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Diperkenalkan Dengan Penawaran Harga Yang Lebih Rendah

NVIDIA pada hari ini telah pun memperkenalkan GeForce GTX 1660, iaitu kad grafik termurah untuk produk berasaskan NVIDIA Turing. Seperti GTX 1660 Ti, kad ini turut menawarkan prestasi berdasarkan seni bina Turing, dengan perbezaan prestasi sekitar 15-30 berbanding GTX 1060.


Kad ini menggunakan GPU Turing TU116 seperti GTX 1660 Ti, namun memori videonya hadir dengan 6GB DDR5 berbanding memori DDR6. Apa bila dibandingkan dengan versi Ti, GTX 1660 mempunyai memory clock yang lebih rendah (iaitu 8 GHz berbanding 12 GHz), selain menawarkan memory bandwidth 192.1 GB/saat berbanding 288.1 GB/saat. Namun kadar clock speed GTX 1066 kelihatan sedikit tinggi, iaitu 1530 MHz dan 1785 Mhz, berbanding 1500 MHz dan 1770 MHz pada GTX 1660 Ti.



Dari segi prestasi, GTX 1660 dapat memberi peningkatan sebanyak 15% berbanding GTX 1060 variasi 6GB, dan 30% apabila dibandingkan dengan versi 3GB. Untuk penggunaan kuasa, GTX 1660 hanya menggunakan kuasa 120 watt, sekaligus membolehkan pengguna GTX 970 menaiktaraf ke kad grafik ini tanpa perlu menukar power supply. Bagi mengurangkan harga jualan, ia tidak menerima manfaat teknologi terkini seperti ray tracing dan teras Tensor seperti yang ditawarkan pada kad grafik NVIDIA RTX.


Dengan penawaran GTX 1660, ia membolehkan pengguna kad grafik dari siri GTX 9xx mahupun GTX 1060 beralih ke penawaran grafik yang lebih terkini. Ia dilihat bediri sebagai alternatif yang cukup baik, lebih-lebih lagi pengguna yang mahukan permainan yang lancar tanpa integrasi teknologi terbaru seperti ray tracing. Kad grafik ini sedia hadir dalam pelbagai variasi pengeluar melalui harga saranan $219 (~RM896).


Norlida Ishak Shop