Expired : 18.06.18

Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX Untuk Komputer Riba Mungkin Akan Diumumkan Di Acara CES 2019

NVIDIA memperkenalkan teknologi grafik Max-Q mereka di acara Computex Taipei dua tahun yang lalu. Teknologi ini membolehkan NVIDIA untuk menggunakan cip pemprosesan grafik desktop mereka pada rekaan komputer riba yang kecil.


Terkini, terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa NVIDIA bakal mengumumkan model-model kad grafik padat dan Max-Q baru berdasarkan siri cip pemprosesan grafik Turing di acara CES 2019 yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Kad grafik yang dijangka akan diperlihatkan di acara tersebut termasuklah RTX 2070, RTX 2070 Max-Q, 2060, 2050 Ti dan juga 2050. Laporan WCCF Tech menunjukkan bahawa NVIDIA sedang membangunkan RTX 2080 Max-Q, tetapi terdapat kebarangkalian bahawa ia tidak akan ditunjukkan di acara tersebut.


Bagi mereka yang sedang menunggu kedatangan kad grafik NVIDIA RTX di dalam komputer riba gaming, kami pasti ia akan hadir tidak lama selepas pengumuman tersebut.


Norlida Ishak Shop