Expired : 18.06.18

Kadir Jasin sahkan akan dipanggil polis sekali lagi


BANGI, 5 Jamadilawal 1440H, Jumaat – Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin mengesahkan akan disiasat sekali lagi oleh pihak polis berhubung tulisannya mengenai pertabalan Sultan Kedah.


Tanpa menjelaskan bila beliau akan dipanggil memberi keterangan, Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri itu berkata, siasatan itu akan dibuat susulan laporan daripada ketua-ketua UMNO dan PKR Kedah mengenai tulisan beliau itu.


30 Oktober 2018, dalam tulisan bertajuk ‘Selamat Bertakhta al-Aminul Karim’ beliau mengulas mengenai upacara pertabalan Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang diadakan pada 20 Oktober tahun sama.


Tulisan itu didakwa menghina dan memburukkan institusi diraja terutama Sultan Kedah, apabila beliau menulis:


“Allah Selamat Sultan Mahkota. Berpanjangan Usia Di Atas Takhta. Memelihara Agama Nabi Kita. Negeri Kedah Serata-rata.


“Lagu rasmi itu dengan jelas menyatakan tempat raja adalah di atas takhta dan tanggungjawab raja adalah memelihara Islam “agama Nabi kita”. Ia tidak kata, “berpanjangan usia di bilik lembaga” dan “pelihara konglomerat niaga baginda.”.


Pada Jun tahun lalu juga Kadir turut disiasat susulan tulisannya yang mendedahkan perbelanjaan berjumlah RM257 juta yang dikatakan digunakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.


Siasatan itu dijalankan mengikut Akta Hasutan; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan dakwaan ugutan jenayah, berikutan tulisan dalam blog beliau pada 4 Jun 2018 bertajuk ‘Constitution: The King and the Pauper’.


The post Kadir Jasin sahkan akan dipanggil polis sekali lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop