Expired : 18.06.18

Kakak Ipar Gugur, Tapi Suami Minta Berikan Anak Kandungan Kami Kepada Kakaknya Kerana Kasihan!

Saya seorang isteri yang berusia 23 tahun. Kini, saya tengah hamilkan anak yang kedua. Anak pertama saya perempuan berusia 10 bulan.


Usia kandungan saya sekarang sudah 24 minggu bersamaan 6 bulan. Pada masa yang sama, kakak ipar saya yang baru berkhawin tahun lepas turut hamil 3 bulan anak pertama.


Dan nak dijadikan cerita baru-baru ini, kami dapat berita kurang baik di mana kakak ipar saya mengalami keguguran.


Kami turut bersedih dengan berita ini. Saya berasa kasihan kerana kakak ipar baru pertama kali hamil dan kini kandungannya keguguran pula.


Pada malam kelmarin suami ajak saya berbincang tentang keluarga kami. Suami minta anak kedua kami nanti diberikan pada kakaknya. Ketika itu, saya rasa tersentap sekejap.


Saya wanita yang membawa kandugan ini yang rasa setiap pergerakan dan tendangannya mana mungkin saya tak sentap. Saya adalah ibunya.


Bila suami lihat saya termenung seakan berkhayal suami minta maaf pada saya. Kemudian suami tanya sama ada saya setuju ataupun tidak.


Soalannya belum pun saya fikirkan. Saya tanya pada suami sama ada dia sudah fikir masak-masak? Dia kata nanti kita bincang dengan kakak dan abg iparnya pula.


Ketika itu, saya hanya mampu tersenyum dan saya minta suami berikan saya masa untuk fikir sehabis mungkin tentang pekara ini.


Saya juga minta suami fikirkan semula perkara ini. Saya kasihan dengan kakak ipar saya tapi tidak pula saya terfikir akan anak kami perlu diberi hak penjagaan kepadanya.


Bila saya tanya suami kenapa terfikirkan semua ni dia kata sebab dia kasihankan kakaknya yang tertekan. Allahurabbi.


Saya terdiam dan membisu. Tapi bagaimana pula dengan hati dan perasaan saya? Jika benar saya akan serahkan anak saya pada dia mampu ke saya untuk ikhlaskan nya?


Perlu ke saya buat solat hajat dan istikarah?? Saya turut terfikir sehingga suatu hari nanti jika suami tinggalkan saya (cerai) bagaimana saya hendak ambil semula anak saya sedangkan hak penjagaan telah saya serahkan pada kakaknya.


Buat masa ini, fikiran saya bercelaru dan buntu. Saya mohon penjelasan dari yang lain sama ada saya perlu serahkan atau pun tidak?


Sumber – MyIslam Info


Norlida Ishak Shop