Expired : 18.06.18

Kalah Kimanis bukan salah Dr Mahathir, Cleopatra gesa rombakan Kabinet

Cleopatra berkata rakyat Malaysia memilih pembangkang bukan kerana kepimpinan mereka tetapi tidak berpuas hati dengan kerajaan. — Foto ihsan Instagram/cleopatra_x3
Cleopatra berkata rakyat Malaysia memilih pembangkang bukan kerana kepimpinan mereka tetapi tidak berpuas hati dengan kerajaan. — Foto ihsan Instagram/cleopatra_x3

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis semalam sekali lagi menyaksikan kekalahan parti kerajaan kepada pembangkang Barisan Nasional (BN).

Mengakui kekalahan tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu berlaku ekoran pengundi di kawasan tersebut belum menerima kebaikan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).


Ekoran itu, terdengar desus-desus yang mendesak agar perdana menteri meletakkan jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat.


Namun gesaan itu tidak dipersetujui wanita yang menjadi tumpuan media sejak menjejakkan kaki ke Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini, Cleopatra.


“Rakyat Malaysia memilih pembangkang bukan kerana kepimpinan mereka. Rakyat hanya tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan buat masa sekarang,” kata ibu tunggal nama sebenar Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin.


“Tun Mahathir tidak perlu letak jawatan, tetapi apa yang harus dilakukan adalah merombak Kabinet.”


Keputusan PRK Kimanis semalam menyaksikan BN mengekalkan kerusi tersebut selepas calonnya Datuk Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi, menewaskan pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, dari Parti Warisan Sabah (Warisan).


Kimanis merupakan kekalahan kelima PH selepas Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.