Expired : 18.06.18

Kalah Rantau: ‘Kerajaan masih sama, kerajaan masih PH’ – Tun M

KEKALAHAN Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau baru-baru ini adalah sesuatu yang lumrah dalam amalan demokrasi, kata Tun Dr Mahathir.


Perdana Menteri berkata, kekalahan PH semasa PRK tersebut tidak mengubah kedudukan PH sebagai parti pemerintah.


Keadaan itu katanya, berlaku kerana rakyat berpendapat tiada perubahan kepada kerajaan sekiranya mereka menang atau kalah dalam sesuatu PRK.


“Kebanyakan parti kerajaan tidak akan mendapat sokongan tinggi semasa PRK kerana tiada perubahan yang akan berlaku.


“Apa pun keputusannya, kerajaan masih kekal sama, kerajaan masih lagi Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai Pakatan Harapan telah kehilangan sokongan apabila merekodkan kekalahan dalam tiga PRK kebelakangan ini.


Dr Mahathir ditemui selepas menghadiri Forum Menjayakan Industri Rel untuk Masa Hadapan anjuran MIGHT di sini hari ini.


Terbaharu, Pakatan Harapan kalah kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRK Dun Rantau yang diadakan Sabtu lepas.


Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menang dengan majoriti 4,510 undi menewaskan calon PH, Dr S Streram dan dua calon bebas yang lain.


PRK Rantau merupakan kemenangan ketiga BN selepas Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.


The post Kalah Rantau: ‘Kerajaan masih sama, kerajaan masih PH’ – Tun M appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop