Expired : 18.06.18

“Kalau Boleh Biarlah Saya Orang Yang Terakhir Pergi,” – Tidak Bersedia Pergi Dulu, Ucap Norman Hakim Keluarga Masih Memerlukannya



Norman Hakim dan keluarga

Berkongsi sebuah video di entri Instagram, pelakon Norman Hakim meninggalkan kata-kata cukup menyentuh lubuk hati.


Ulasnya dia tidak tahu apakah kata-kata akhir yang harus disampaikan buat si isteri andai hari ini menjadi hari terakhir dalam hidupnya.


Jelas pelakon Gerak Khas ini, andai diizinkan, dia mahu menjadi yang terakhir kerana isteri dan anak-anak masih memerlukannya.


Jadi saya tidak boleh beritahu secara terperinci apa sebenarnya yang boleh disampaikan kepada isteri saya kalau hari ini adalah kehidupan terakhir dalam hidup saya.


“Sebab kalau boleh biarlah saya orang yang terakhir pergi. Saya tak sanggup jadi orang yang pertama pergi sebab tak bersedia lagi. Sebab mereka masih memerlukan saya.


“Aamiin Ya Rabb. Tq cenonet papa cayang @marissadaniaaaaa_ utk bingkisan video ni serta kata2 doa,penghargaan & semangat mewakili adik-beradik yg lain.


"Doakan secara istiqomah semoga dipermudahkan buat papa,mama,mummy & abah menjaga kalian amanah dariNya buat kami ini..sayang korang semua sampai syurga.


“@Regrann from @marissadaniaaaaa_ – semoga semua penat lelah & pengorbanan dalam perjuangan mencari nafkah untuk kami dibalas dengan syurga @normanhakim_786,” tulisnya menerusi pautan asal anak tersayang.




Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011. Pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 6, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 4.


Menerusi perkahwinan terdahulu Norman dengan Abby Abadi memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 11.


Foto : Instagram Norman Hakim


Norlida Ishak Shop