Expired : 18.06.18

‘Kalau Bukan Kerana Diana Danielle…’.

SUNGAI PETANI: Jika bukan kerana usaha Datin Diana Danielle yang mengulang siar muat naiknya di Instagram pada 2013, tidak mungkin namanya dikenali seperti hari ini.


Justeru, Instafamous, Faiz Dickie atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal mengakui, begitu terhutang budi dengan pelakon filem Hanyut itu kerana membantu memperkenalkan namanya.


“Ketika itu, saya baru berjinak-jinak dengan Instagram dan mempunyai jumlah pengikut sekitar 1,000 orang. Saya memuat naik satu komik bersama petikan dialog lucu dan tidak disangka, Diana tertarik untuk mengulang siar di Instagramnya.


“Tidak sampai beberapa jam, jumlah pengikut saya bertambah mendadak sehingga lebih 4,000 orang. Begitu hebat pengaruh dan kuasa selebriti sehingga saya yang ketika bukan sesiapa mula dikenali ramai.


“Selain Diana, saya juga terhutang budi kepada pelakon dan pengacara, Yana Samsudin kerana turut membantu mengukuhkan nama saya di media sosial,” katanya.


Faiz yang ditemui selepas menyerikan segmen Gaya Hidup sempena Festival GegaRia 2018 di Amanjaya Mall, di sini, petang tadi berkata, dia teruja apabila berpeluang bertemu Diana, tiga tahun lalu.


“Hanya selepas melanjutkan pelajaran di University of Sussex, United Kingdom dalam pengajian Digital Media, baru saya berkesempatan bertemu Diana.


“Pada pertemuan itu, saya ambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Diana. Dia juga seorang yang peramah dan tidak lokek meluangkan masa untuk kami berborak panjang,” katanya.


Amanjaya Mall menjadi lokasi terakhir Festival GegaRia yang menyaksikan kemunculan nama popular seperti Hujan, Bunkface, Stacy, Faizal Tahir, Akim & The Majistret dan Kugiran Masdo menyerikan konsert kemuncak, malam ini.


Sebelum Sungai Petani, festival itu menggegarkan enam bandar iaitu Shah Alam, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban dengan rekod pengunjung mencecah ratusan ribu orang.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!


 


Sumber


Norlida Ishak Shop