Expired : 18.06.18

‘Kalau ikhlas bawa ke veterinar, beruang bukan kucing kurap’ – Maya Karin

JIKA semalam penjelasan artis Zarith Sofia mengenai anak beruang yang ditemui di kondominiumnya menjadi bualangan hangat warganet, hari ini beberapa rakan artis turut mengulas isu tersebut.


Antara yang paling lantang ialah pelakon popular, Maya Karin yang mempersoalkan keikhlasan Zarith Sofia atau lebih mesra dengan panggilan Pia merawat haiwan berkenaan.


Maya turut meragui niat Pia membawa balik anak beruang berkenaan ke rumahnya.


“Tidak saya tak fikir begitu,” kata Maya sambil berkongsi pautan berita yang memetik penjelasan Pia bahawa dia membawa haiwan berkenaan ke rumahnya dengan niat untuk merawat.


Maya berkata, jika Pia ikhlas, wanita itu sepatutnya membawa haiwan berkenaan ke klinik veterinar.


“Kalau jumpa beruang tepi jalan nak selamatkan penuh ikhlas, sekurang-kurangnya kita akan bawa ke veterinar yang akan buat laporan.


“Beruang… bukan kucing kurap boleh jaga dengan nasi, ikan seumur hidup,” katanya.


Sementara itu, pelakon Shaarnaz Ahmad pula meminta semua pihak bersangka baik terhadap niat wanita berkenaan yang mungkin mahu merawat haiwan tersebut.



“Cuba bersangka baik bab beruang matahari tu. Mana tahu hati dia mulia tolong rawat dan jaga sementara.


“Jangan cepat sangat lompat si katak lompat dalam menilai orang, kawan.


“Kemuliaan orang kita tak cari, keburukan kita jangan ditanya kenapa Allah tak lindung. Fikir..,” ujar Sharnaaz.


Pia sebelum ini ditahan di kondominium di Desa Pandan Kuala Lumpur selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu dan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran.


Pia dalam penjelasannya memberitahu, pada mulanya dia menyangka haiwan tersebut adalah anjing.


Pelakon itu memberitahu, dia hanya berniat untuk menjaga haiwan tersebut sementara menunggu ia sembuh memandangkan keadaannya yang lemah.


The post ‘Kalau ikhlas bawa ke veterinar, beruang bukan kucing kurap’ – Maya Karin appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop