Expired : 18.06.18

Kalau Melayu Islam Rasis, Jangan Harap Ada Bangsa Lain di Negara Ini – Musa Hasan

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan berkata, sekiranya orang Melayu Islam ini rasis, maka tidak akan ada satu bangsa lain pun yang akan wujud di negara ini melainkan Melayu Islam.


Namun katanya, kerana kemurnian dan keikhlasan yang diajar oleh agama Islam, maka orang Melayu sanggup berkongsi dan memberikan hak mereka kepada bangsa lain.


“Kalau ikut sejarah negara ini memang Tanah Melayu, bila dijajah, orang asing ramai datang untuk bekerja dan kemudian diserap sebagai rakyat. Kemudian, selepas merdeka, negara ini dibangunkan atas datas kompromi dan semua kaum perlu hormat antara satu lain.



“Sebab itu negara membenarkan semua agama boleh dianuti tetapi Islam adalah agama negara ini. Oleh kerana itu, hubungan erat antara semua kaum ini penting, kita hormat-menghormati antara satu sama lain agar negara dapat membangun dengan baik.


“Tapi kebelakangan ini, ramai yang cuba menghina agama Islam, ada pula yang cuba perjuangkan hak mereka sendiri. Mereka mengatakan mereka menjadi mangsa dalam negara ini. Ini semua sebenarnya berkaitan dengan agenda luar negara… contoh liberalisme…. sebuah negara liberal. Mereka katakan semua agama sama.”


Jelasnya, Islam dicabar dan apabila dicabar kita terpaksa bersuara namun sayangnya apabila kita bersuara kita dituduh rasis dana ekstrim.


“… tapi kita perlu beri penerangan, kalau orang Melayu rasis, mereka tidak akan boleh duduk dalam negara ini,” ujar beliau ketika menjadi tetamu jemputan dalam wacana bertajuk ‘Bangsa Dihina, Agama Dipersenda’ anjuran Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang diadakan di Auditarium UMNO, hari ini.



Tambah Musa, bangsa lain seharusnya menghormati orang Melayu Islam kerana sanggup berkongsi hak dengan mereka tanpa ada sedikit pun rasa prejudis.


“Tapi mereka ini seakan terlupa sejarah sehinggakan ada yang cuba untuk mengembalikan ideologi lama mereka… contoh komunis. Kalau boleh komunis mahu diiktiraf sebagai pejuang dalam negara ini.


“Saya nak bagitau, komunis bukan pejuang. Rakan-rakan saya ramai dibunuh. Ketika 13 Mei, komunis cacak bendera letak bom. Bila polis cabut bendera, bom meletop.. ketua polis negara pun ketika itu ditembak. Jadi adakah kita mahu perkara ini berulang.


“Sebab itu kita perlu jaga keamanan negara. Negara ini sebenarnya bukan kurang undang-undang… kita ada Akta Hasutan dan banyak akta lain. Menghina agama juga satu jenayah tapi sayangnya kita kurang ambil tindakan,” jelas beliau lagi.


Tegas beliau, tidak guna sekiranya negara ini kaya-raya tetapi keamanan tidak terjaga kerana dengan keamanan dan keharmonianlah negara ini mampu membangun dengan baik. – UMNO ONLINE


Norlida Ishak Shop