Expired : 18.06.18

Kalau Tiada Rupa, Jangan Buang Masa Datang Uji Bakat – Penerbit A. Aida

Memikul tanggungjawab sebagai salah seorang juri bagi sesi uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019, penerbit terkenal A.Aida berkata setiap peserta yang hadir harus mempunyai pakej lengkap dan menarik.  Bakat itu boleh digilap tetapi rupa juga amat penting.



Ada seorang peserta yang datang untuk uji bakat setiap tahun sejak 5 tahun lalu tapi tiada pakej menarik. Nak diangkat jadi duta DFKL ini, memang sah-sah kami nak macam Remy Ishak, Syafiq Kyle dan sebab itu saya tidak mahu mereka yang tiada pakej lengkap terus berharap.


Nak cakap tak kacak tak sampai hati pula tapi nak beri mereka faham, sudah-sudahlah! Ada yang datang tiada rupa atau penampilan tetapi keyakinan sangat tinggi. Sehinggakan saya tidak tahu bagaimana nak beritahu mereka supaya jangan buang masa datang ke uji bakat ini.



Menurutnya, kalau ada bakat tetapi tiada rupa mungkin mereka boleh cuba untuk menjadi pelawak dengan menghadiri uji bakat program seperti Bintang Mencari Bintang.


Sepatutnya peserta harus cermin diri mereka terlebih dahulu dan jangan terlalu yakin dengan rupa paras mereka.



Saya sampai sudah tiada jawapan nak diberikan. Bagi saya ‘move on’ sajalah sebab memang mereka ini tidak akan dapat. Kadang kala saya pun pening nak cakap macam mana lagi waima nak tolak jadi pelakon ekstra pun tak lepas.


Kalau diikutkan rata-rata penonton sekarang sudah bijak dan mahu seseorang yang berbakat berbanding dengan wajah kacak dan cantik. Namun, itu hanya penilian kami secara am sahaja. Apa pula pendapat anda?


Sumber Berita : Harian Metro


Norlida Ishak Shop