Expired : 18.06.18

Kalaulah ada VAR...

“JIKA ada VAR (pengadil bantuan video), mungkin bola yang melantun kena tangan pemain Kedah (diberi penalti), penyokong semua boleh lihat, tapi kami dinafikan (peluang mengubah keputusan perlawanan).”


Itu rungutan pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim yang terkilan dengan beberapa keputusan pengadil selepas tuan rumah tumpas 0-2 di tangan Kedah di Manjung, malam tadi.


Beliau merujuk kepada aksi minit ke-78 perlawanan itu ketika keadaan kelam-kabut dalam kotak penalti pasukan lawan menyaksikan rembatan Yashir Pinto didakwa terkena tangan pemain Kedah.


Pemain PKNP nyata tidak berpuas hati apabila tidak mendapat sepakan penalti hingga mengerumuni pembantu pengadil manakala penyerang tuan rumah Hafiz Kamal dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil.


Abu Bakar berkata, ketika bersalaman dengan pemain Kedah mereka turut mengakui PKNP sepatutnya mendapat sepakan penalti itu.


Justeru, beliau akan membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap beberapa keputusan pengadil yang dianggap tidak tepat hingga merencatkan semangat anak didiknya.


“Kalah saya boleh terima, ia sebahagian rencam bola sepak, tak ada hal... cuma kami bermain di tempat sendiri dan dinafikan peluang dengan beberapa keputusan pengadil yang meragukan.”


Norlida Ishak Shop