Expired : 18.06.18

Kalori dan Kimia


Oleh :  Dr Fatimah Binti Salim
Pensyarah Kanan
Institut Atta-ur-Rahman UITM


Maklumat Nutrisi Pada Bungkusan Snek

Sedang mengunyah kacang di tangan, tiba-terpandang ruangan ‘Nutrition Facts’ seperti gambar di atas ini.


Tahukah anda apa itu kalori dan bagaimana ianya diukur?


Kalori ialah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga. Dalam subjek Kimia, 1 kalori bermaksud jumlah tenaga (haba) yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air kepada 1 degree Celsius.


Namun kalori yang kita lihat pada bungkusan makanan/ minuman seperti di atas sebenarnya ialah dalam sukatan kilokalori (kilocalories- kcal) yang mana juga disertakan dengan unit kilojoules (kj). Kaitan metriknya ialah 1 kcal = 4.184 kj. Untuk mengelakkan kekeliruan dalam penggunaan unit ini, jika kalori ditulis “Calorie” (C huruf besar) ini bermaksud unit yang dimaksudkan ialah kilokalori (kcal – unit kilogram bahan) tapi bila ditulis dengan “calorie” (c huruf kecil) ini bermaksud unit yang dimaksudkan ialah kalori (cal -unit gram bahan).


Kaedah asal untuk mengukur jumlah kalori di dalam sesuatu bahan makanan ialah dengan menggunakan alat kalorimeter (bomb calorimeter). Bahan makanan yang diketahui jumlahnya (berat) dibakar sepenuhnya dan kenaikkan dalam suhu air di dalam alat ini disukat. Gambar seperti di bawah.


Ilustrasi Alat Kalorimter

Namun kerana praktikaliti, kaedah ini tidak lagi digunakan. Kaedah yang digunapakai kini ialah “Atwater system” yang mana hanya menganggar purata nutrisi utama dalam makanan iaitu carbohydrates, protein, fat (lemak) dan alkohol. Oleh kerana makanan juga mengandungi fiber yang tidak boleh dihadam dan digunakan sepenuhnya oleh badan kita, maka komponen fiber ini biasanya ditolak dari jumlah carbohydrates sebelum kalori diukur.


Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang sejarah kalori ini, boleh melawat pautan ini untuk bacaan lanjut☺️.


“Semoga bermanfaat 


Norlida Ishak Shop