Expired : 18.06.18

Kamera Bingkai Penuh Nircermin Sony A9 II Diperkenalkan – Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Bulan Disember

Sony baru-baru ini telah memperkenalkan kamera bingkai penuh nirbingkai (full frame mirrorless) terbaru mereka, Sony A9 II, yang merupakan penambahbaikan kepada kamera Sony A9 yang banyak digunakan oleh ramai jurugambar profesional di seluruh dunia.


Bermula dengan spesifikasi dalaman, Sony A9 II ini dilengkapi dengan sensor CMOS bertindih 24.2MP dan mampu mengambil gambar bersaiz penuh pada kadar 20 gambar sesaat.



Kamera Sony A9 II ini turut memperlihatkan perbezaan yang agak ketara dari segi rekaan, terutamanya bahagian pemegang kamera dan kedudukan butang. Ia juga hadir dengan sokongan untuk dua slot kad SD UHS-II dan juga sistem penghadang habuk dan kelembapan yang diperbaiki.


Apa yang lebih menarik lagi ialah kamera ini turut hadir dengan ciri sambungan rangkaian berwayar dan nirwayar yang cukup canggih. Sony A9 II ini adalah kamera pertama yang hadir dengan palam 1000BASE T Gigabit Ethernet yang mampu menghantar data sepantas 1Gbps, palam USB 3.2 dan juga sokongan untuk sambungan WiFi 802.11ac yang menggunakan frekuensi 5GHz, bersama-sama dengan 2.4GHz yang diperkenalkan melalui Sony A9 sebelum ini.



 


Untuk pasaran antarabangsa, kamera bingkai penuh nircermin Sony A9 II ini akan tiba pada bulan November pada harga $4500 (~RM18,000) untuk badan kamera sahaja, dan menurut Sony Malaysia, ia akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Disember kelak.


Norlida Ishak Shop