Expired : 18.06.18

“Kami Bersatu Untuk Kebahagiaan Anak-Anak & Allah Hadiahkan Kembali Bahagia.” – Norman Hakim

Pelakon Norman Hakim mendedahkan menerima kiriman mesej daripada golongan anak-anak yang meminta pandangan untuk menyatukan ibu bapa mereka yang berpisah.


Menurut Norman dia menasihati supaya ibu bapa membuang sifat ego untuk mengambil langkah memperbaiki hubungan yang terputus.


“Saya terpanggil untuk berkongsi di sini, khusus buat keluarga yang pernah berpisah (khusus buat ayah & mak yang berpisah yang mungkin kalian tak tahu yang anak-anak kalian selalu DM saya minta pandangan & nasihat macam mana ayah & mak mereka ‘bersatu macam Abg Norman & Kak

Abby’), maka jadikanlah Ramadan Kareem ini sebagai platform untuk penyatuan semula.


“Buangkanlah ego yang bersifat syaitonirrajim untuk ambil langkah & usaha seiring dengan doa.


“Percaya dan yakinlah, doa adalah senjata mustajab kita sebagai muslim.


“Berdoalah secara istiqomah tanpa lelah sehingga doa-doa kita memasuki frekuensi ‘Alpha’ di mana pada ketika itu baru kita akan faham betapa kuatnya mukjizat qalam doa ini dikala bersatu dengan izin kuasa Allah s.w.t yang maha kuat & hebat sehingga hati manusia pun bisa kita pupuk, lentur, jaga, takluk & peluk hanya dengan doa dan pada ketika itu sesuatu yang dianggap mustahil akan jadi sebaliknya,” tulisnya.


Tambah suami kepada aktres Memey Suhaiza ini, dia berpesan supaya terus beristiqomah berdoa serta berusaha untuk berdamai.


“Buat adik-adik & anak-anak yang selalu DM@luahkan rasa, terus istiqomah dalam berdoa..berdoa & berdoa seiring dengan usaha melalui hidayah doa tersebut.


“Dan buat Ayah & Ibu yang terpisah, ‘bersatu’lah kembali dalam apa jua bentuk dan usaha demi cahaya mata harta dunia akhirat kita.


“Kami ‘bersatu’ untuk kebahagiaan anak-anak & Allah hadiahkan kembali ‘bahagia’ buat kami seiring dengan rasa ‘kasih & sayang’ yang Allah s.w.t sahaja yg maha mengetahui akan ‘rasa’ itu dan kami ‘bersatu’ kerana anak-anak sebab kami sangat takut tak dapat berdepan & menjawab

didepanNya dihari muka nanti.


“Akhir qalam…Hentikanlah pertengkaran,tinggalkanlah sangkaan,binalah perhubungan,saling bermaafan & hayatilah Ramadhan,” tulisnya lagi.


Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.


Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.



Sumber : Gempak via Media Ohsem


Norlida Ishak Shop