Expired : 18.06.18

"Kami Sama Seperti Bomba, Polis Dan..." - Doktor Dedah Situasi Berbuka Di IJN


Pernah tak anda terbayang bagaimana situasi berbuka di hospital atau unit kecemasan?


Video yang telah dimuat naik oleh pakar jantung Institut Jantung Negara (IJN) Dr. Beni Rusaini ini mungkin menjelaskan keadaan sebenar unit terbabit.


Video yang telah dimuat naik di Twitter miliknya itu sehingga kini telah dikongsi sebanyak 2,100 kali dan menerima 4,000 'likes'.


Menerusi posting itu, Dr. Beni menjelaskan situasi individu yang bekerja di hospital sama seperti anggota bomba, polis dan askar.


"Kerja dan berbuka sama-sama. Kalau waktu kecemasan mungkin tak sempat berbuka" katanya.


Rata-rata warganet memuji kesungguhan mereka yang bertugas di hospital. Tidak kurang juga yang mengucapkan terima kasih.


Ini antara komen mereka:



Norlida Ishak Shop