Expired : 18.06.18

Kanak-kanak 4 tahun rentung


Oleh : Shella Annisa

07 November 2019


TUARAN : Kebakaran yang berlaku di Kampung Melisau Tenghilan, Tuaran pada 03 November baru-baru ini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.


Kebakaran yang berlaku pada pukul 5 pagi itu menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun terkorban dan kanak-kanak berusia 6 tahun melecur di kedua-dua tangan dan kakinya.



Semasa kejadian berlaku, ibu mangsa baru sahaja melahirkan anak ketiga di Hospital Likas.


Kejadian tersebut telah menjadi pukulan hebat kepada keluarga mangsa. Sehingga kini ibu bapa mangsa masih dalam keadaan bersedih atas apa yang berlaku.


Ziarah susulan akan dilakukan pada sabtu ini untuk memberi bantuan kepada keluarga mangsa.



Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Tuaran (10052010009871) dan maklumkan kepada Mat Takim Matdiri (0194554643) atau Noorlela binti Dasan (0167671459) untuk sebarang tranksaksi.


The post Kanak-kanak 4 tahun rentung appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop