Expired : 18.06.18

Kanak-kanak Palestin parah kena peluru hidup rejim Israel

GAZA, 13 Safar 1441H, Sabtu – Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, sekurang-kurangnya 49 penduduk Palestin cedera akibat serangan rejim pengganas Israel ketika protes mingguan di sempadan Gaza-Israel, semalam.


Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qedra berkata, kanak-kanak seramai 22 orang adalah antara mereka yang cedera parah ketika protes mingguan di timur Gaza.


“21 daripada jumlah kecederaan disebabkan oleh peluru hidup yang digunakan oleh tentera Israel,” katanya.


Memetik laporan agensi berita Palestin, Wafa, tentera Israel mengendalikan pagar pemisah di Semenanjung Gaza dengan melepaskan peluru hidup dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan di perkampungan sepanjang sempadan.


Difahamkan, beberapa penunjuk perasaan yang cedera ketika protes mingguan itu dimasukkan ke hospital, sementara ada yang dirawat di hospital lapangan.


Protes mingguan – ‘The Great March of Return’ – adalah protes yang dilancarkan pada 30 Mac tahun lalu oleh ribuan rakyat Palestin di Gaza – kerana menderita akibat pengepungan Israel selama sedekad.


Langkah itu terpaksa diambil berikutan kesulitan hidup di Gaza serta ancaman yang sengaja dicetuskan pihak berkuasa Israel terhadap Baitulmaqdis.


Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, rejim Israel membunuh sekurang-kurangnya 305 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 17,000 yang lain sejak awal perarakan. – Agens


The post Kanak-kanak Palestin parah kena peluru hidup rejim Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop