Expired : 18.06.18

Kane mahu pintas gol Sterling

HARRY Kane berpendapat dia sudah pun meraih ganjaran ketika ayam tambatan Tottenham itu berharap untuk memintas rakan senegaranya Raheem Sterling apabila Spurs bertandang ke laman juara Liga Perdana Inggeris Manchester City awal pagi Ahad.


Kane mengalami kecederaan buku lali musim lalu, selepas tiga minggu menjulang kasut Emas sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia dan bermulanya musim Liga Perdana yang penuh cabaran.


Dia kembali tepat pada masanya untuk perlawanan pertama Tottenham di final Liga Juara-Juara dan aksi separuh akhir Liga Negara Eropah membabitkan England dan Belanda.


Bagaimanapun dia dilihat kurang cergas dalam aksi di mana pasukannya tewas kedua-dua perlawanan.


Kembali mendapat semangat baharu pada cuti musim panas di mana dia berkahwin dengan kekasih hatinya Kate Goodland, Kane memulakan kempen Spurs musim ini dengan positif dengan dua gol pada lima minit terakhir untuk menewaskan Aston Villa 3-1 pada hujung minggu lalu.


“Saya berehat selama empat minggu, paling lama dalam tempoh beberapa tahun ini,” kata kapten England itu.


“Saya menikmati pra-musim yang bagus, berada di sini sejak awal, bekerjasama dengan pasukan dan semua orang seronok.


“Kami masih mempunyai tugas, saya masih mempunyai tugas dari segi kecergasan dan seumpamanya tetapi menyertai perlawanan benar-benar membantu.


“Saya berada di tempat yang baik dan berharap dapat teruskan apa yang kami lakukan.”


Dua gol masih belum cukup untuk mendahului saingan Kasut Emas Liga Perdana ketika Sterling meledak hatrik sewaktu City membelasah West Ham 5-0.


“Sejak kami memulakan musim ini di China dan Perisai Komuniti, dia menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap perlawanan,” kata pengendali City Pep Guardiola mengenai kesungguhan Sterling meledak jaringan.


“Saya tahu kualiti istimewa seseorang pemain, mempunyai kekuatan fizikal dan penyudah konsisten.”


Norlida Ishak Shop