Expired : 18.06.18

Kante dapat 'lesen besar'

CHELSEA bersedia mengetepikan N'Golo Kante pada baki musim ini jika pemain itu masih berasa bimbang dengan penularan pandemik Covid-19.


Pemain tengah itu dilihat menyertai pasukan menjalani latihan tetapi kemudian kekal di rumah selepas bimbang dengan tahap kesihatannya susulan Covid-19 ketika ini.


Pemain Perancis itu sebelum ini berdepan masalah kesihatan dan turut kehilangan abangnya akibat serangan jantung.



Chelsea dikatakan akan membenarkannya untuk tidak bersama pasukan sehinggalah dia benar-benar sudah bersedia kembali.


Pengendali Chelsea, Frank Lampard menyokong keputusan pemenang Piala Dunia itu yang dilihat masih bimbang untuk kembali beraksi.


Kante memegang watak penting untuk Chelsea sejak beberapa tahun lalu dan sudah melakukan 18 penampilan pada saingan Liga Perdana musim ini dengan meledak tiga gol.


Pemain berusia 29 tahun itu meneruskan rutin harian dengan menjalani latihan kecergasan sepanjang di rumah.


Kapten Watford, Troy Deeney juga enggan kembali beraksi kerana anak lelakinya berdepan masalah sukar bernafas manakala beberapa lagi pemain Hornets juga tidak akan menjalani latihan selepas Adrian Mariappa positif Covid-19.