Expired : 18.06.18

Kartel Ketum Malaysia Untung Besar Di Thailand

Kalau di Mexico, perang anti-dadah di sana mungkin dengan beberapa kartel yang membuat dadah secara haram menyeludup masuk ke negara uncle sam.


Tetapi bagi di Malaysia. Ianya tidak kurang juga apabila Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memerangi aktiviti penanaman ketum yang semakin hari, semakin berluasa dan ianya diseludup ke negara jiran.



Seperti kartel dadah Mexico yang memilih kawasan terperinci untuk membuat dadah, begitu juga dengan kartel penananam ketum yang memilih kawasan yang sukar untuk dilalui.


Melalui satu laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, ketum sebenarnya diusahakan secara berselerak di kawasan hutan-hutan dan tersorok bagi menutup aktiviti mereka di kesan oleh pihak penguasa.


PK04_120117_AIR_KETUM.t5877_001_ARCH529132_MG157370-800×445-c


Ada di beberapa tempat di mana kebun ketum sukar untuk dilalui kenderaan beroda empat dan hanya boleh dimasuki dengan menggunakan motorsikal atau berjalan kaki.


Sumber AADK menyebut bahawa Kedah telah menjadi medan kartel penanaman ketum di Malaysia dengan Padang Terap, Kubang Pasu, Yan dan Sik sebagai lubuk duit.


Dalam laporan terbabit juga menyebut bahawa Kedah mempunyai sehingga 114 hektar kawasan penanaman ketum. Perak dan Perlis juga antara direkod mempunyai kebun ketum di beberapa tempat.


Seludup ke Thailand


Setiap tempat mampu mengeluarkan sehingga 180 tan daun ketum dengan nilai pasaran mampu mencecah RM3 juta bagi setiap tuaian.


Kartel ketum ini difahamkan akan menjual hasil tanaman tersebut ke luar negara dengan harga yang mencecah sehingga RM100 sekilogram – RM18 dan RM20 sekilogram jika dijual di dalam negara.


Ini dibuktikan dengan beberapa siri rampasan besar, antaranya pada 1 Mac lalu, pihak polis Sempadan dan Pejabat Perhutanan di selatan Thailand berjaya merampas 1.1 tan daun ketum di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.


NSTP

NSTP/ZAMAN HURI ISA



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut merampas 810 kilogram daum ketum bernilai RM76,950 di Pos Sahara, Durian Burung, Kedah.


Barang dagangan haram ini menggunakan jalan tikus di Bukit Khao Nam Khan, Perlis yang bersempadan dengan negeri utara Malaysia.


Dalam laporan Malaysiakini, Pasukan Gerakan Am berjaya menggagalkan usaha dua lelaki untuk menyeludup 556 kg daun ketum ke negara jiran di Padang Besar.


Manakala 18 Oktober lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merungkai aktiviti penyeludupan yang didalangi oleh pegawai penguatkuasa Malaysia sendiri.


Antara barangan yang dipercayai dibawa secara haram ke seluruh sempadan ialah daun ketum, petrol, baja, tepung, minyak masak dan barangan runcit yang lebih murah di Malaysia berbanding di Thailand.


Berikut adalah cerita lain mengenai ketum yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.



Ahli Parlimen Padang Besar Cadang Penanaman Ketum Bagi Bantu Ekonomi Penduduk




Norlida Ishak Shop