Expired : 18.06.18

‘Kasih Pada Yang Tiada’ PAS santuni warga asnaf


PERMATANG PAUH: PAS Kawasan Permatang Pauh diwakili Timbalan Yang DiPertua, Amer Hamzah Hashim telah meraikan majlis anjuran PAS Cawangan Taman Permatang Pauh.


Turut serta adalah Ketua Muslimat, Ustazah Nor Hapiza Saad pada majlis “Kasih Pada Yang Tiada” untuk membantu golongan asnaf yang dilangsungkan di Kampung Besar, di sini semalam.


Menerusi program ini, golongan tersebut disantuni dengan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai bagi meringankan beban kos hidup serta persiapan menjelang Syawal.


Amer Hamzah dalam ucapannya menyentuh mengenai amalan 10 hari terakhir Ramadan yang sangat penting dalam memperkukuh persiapan diri menghadapi cabaran hidup di dunia dan akhirat.


Ketua Pemuda PAS Taman Pauh Indah, Aziz Ismail memaklumkan, pihak PAS Cawangan mengambil maklum dan memahami situasi dihadapi golongan asnaf kesan situasi ekonomi masa ini.


Justeru itu katanya, pihak beliau telah mengelola penerimaan sumbangan dari pelbagai pihak sebelum mengurus untuk agihan serahan kepada golongan memerlukan itu.


 


 


The post ‘Kasih Pada Yang Tiada’ PAS santuni warga asnaf appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop