Expired : 18.06.18

Kasihan mak ayah jual jagung, wanita harap belas warga maya

Perniagaan yang bermula 7.30 pagi sehingga 11 malam terletak berhampiran pusingan U stesen minyak Shell menghala ke Dungun. — Foto ihsan Twitter/Fyra
Perniagaan yang bermula 7.30 pagi sehingga 11 malam terletak berhampiran pusingan U stesen minyak Shell menghala ke Dungun. — Foto ihsan Twitter/Fyra

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Seorang wanita berharap kuasa tular dapat membantu perniagaan jagung ibu bapanya yang agak perlahan kebelakangan ini.

Meluahkan perasaan di Twitter, Fyra berkata perkara itu dilakukan berikutan rasa sedih melihat mereka berniaga sampai tertidur.


“Saya tahu saya bukan ‘tweet famous’, tapi saya harap Twitter dapat membantu menjadikan perniagaan mereka tular,” catatnya.


“Kedai dekat Kampung Pasir Puteh, Merchang, Marang, Terengganu.”



Im kinda sad tengok umi dengan abah i lately. Jual jagung sampai tertido. I know im not tweetfemes but i hope twitter will help this things going viral. And jagung pun still banyak lagi. Kedai dekat kg pasir puteh merchang 21610 marang terengganu. BANGSAL JANGUNG 616 pic.twitter.com/e3GoPVlsrZ


— ؛ (@fyraphobia_) January 18, 2020

Berniaga di tepi jalan, menurut Fyra, selain jagung rebus, mereka menjual jagung dalam cawan, air jagung buatan sendiri dan madu lebah asli.


Biasanya, pelanggan pertama atau pelanggan yang membeli dalam jumlah yang banyak akan diberikan jagung percuma.


“Gerai jagung ini menghala Dungun ke Kuala Terengganu. Ayah saya kerja bawa lori sawit tetapi sawit sekarang banyak kena tebang, jadi gaji dia tak banyak,” tulisnya lagi.


“Jadi umi terpaksa jual jagung tampung belanja adik beradik. Tak ramai sangat beli dengan kami sebab baru lagi berbanding dengan bangsal lain.”


Sebatang jagung rebus berharga RM2, air jagung RM4, manakala kacang RM2 sebungkus, jika beli tiga harganya RM5 sahaja.


Perniagaan bermula sekitar 7.30 pagi sehingga 11 malam. Lokasi tepatnya berhampiran pusingan U stesen minyak Shell menghala ke Dungun.