Expired : 18.06.18

Kastam siasat video pegawai lucah buka baju

JKDM sedang menyiasat video lucah didakwa membabitkan kakitangannya. — Foto oleh Shafwan Zaidon
JKDM sedang menyiasat video lucah didakwa membabitkan kakitangannya. — Foto oleh Shafwan Zaidon

KUALA LUMPUR, 6 Sept -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menyiasat video lucah didakwa membabitkan kakitangannya.

Video wanita berpakaian seragam sebuah agensi penguatkuasa dipercayai dirakam pada tahun lepas namun tular sejak beberapa hari lalu, lapor Harian Metro


“JKDM memang ada menerima maklumat mengenai video itu yang dikatakan membabitkan kakitangan agensi ini.


“Buat masa ini, kita masih menyiasat mengenainya dan berdasarkan maklumat awal video itu dirakam pada tahun lalu tetapi disebar di media sosial sejak beberapa hari lalu,” katanya.


Tular di aplikasi WhatsApp, wanita berkenaan beraksi lucah membuka pakaian satu persatu di dalam bilik persalinan. 



 


Norlida Ishak Shop