Expired : 18.06.18

“Kata bermasalah, tapi beli beratus kereta baru” – Anwar tegur Felda

Sidang Parlimen hari ini agak panas apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) tanpa berselindung mengkritik pengurusan Felda yang membeli 100 kereta baru, di tengah-tengah dakwaan ia sedang bermasalah.


Anwar membangkitkan perkara itu ketika perbahasan Kertas Putih Felda yang sebelum itu dibentangkan oleh Datuk Seri Azmin Ali (PH-Gombak).


Menurut Anwar, Ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur ‘penuh sesak’ dengan seratus kereta baru yang dibeli pengurusan lembaga itu.


Presiden PKR itu membuat dakwaan tersebut ketika menyentuh keputusan kerajaan menyuntik dana RM6.23 bilion untuk memulihkan Felda seperti yang diumumkan Azmin sebelum itu.


Sehubungan itu, Anwar menggesa kerajaan memperincikan bagaimana dana itu akan digunakan.


“Ini kerana dalam keadaan Felda bleeding (bermasalah), saya difahamkan ada seratus kenderaan baru dibeli Felda.


“Lihat ibu pejabat Felda, penuh sesak dengan kereta baru. Mungkin (kereta itu) dipesan sebelum ini, tapi ini perangai lama pengurusan yang perlu dibetulkan.


“Rakyat, peneroka susah tetapi masih beli kereta baru kononnya ada keperluan mendesak,” katanya.


Malah, dedah Anwar lagi, kos operasi Felda masih meningkat daripada RM400,000 kepada RM1.4 bilion ketika Isa Samad menjadi pengerusi, tetapi angka itu kekal sehingga kini.


Beliau juga menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), dan berkata pejabat presiden syarikat itu empat kali ganda lebih besar daripada pejabat perdana menteri.


The post “Kata bermasalah, tapi beli beratus kereta baru” – Anwar tegur Felda appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop