Expired : 18.06.18

KATS: Peruntukan tambahan untuk sungai Mac depan

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar berjanji akan mendapatkan peruntukan tambahan untuk kerja penggalian parit dan sungai serta membaik pulih benteng pada Mac 2020.


Jaminan itu dinyatakan Dr Jayakumar dalam sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat petang ini.


Jayakumar menggesa anggota Parlimen agar tidak bimbang dengan peruntukan yang kecil buat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu.


Beliau berjanji akan tetap memohon untuk tambahan peruntukan semasa sesi peruntukan tambahan pada Mac 2020.


“Jangan takut. Bulan Mac (2020), saya akan minta.


“Saya tahu banyak di sini minta saya tengok isu ini. Dan saya akan minta untuk satu jumlah yang munasabah dari Kementerian Kewangan dalam belanjawan bulan ketiga akan datang,” katanya lagi.


Beliau memberikan jaminan itu selepas beberapa anggota Parlimen membangkitkan isu peruntukan tahun ini sebanyak RM22 juta yang berkurang kepada hanya RM100,000 dalam Belanjawan 2020.


“Jawapannya ialah, dalam RMK-11 (Rancangan Malaysia ke-11), kos projek diluluskan untuk butiran 15000, kerja-kerja kecil JPS pelbagai negeri, adalah RM100 juta.


“Bagaimanapun, perbelanjaan bagi tahun 2016, 2017, 2018, dan 2019, sudah mencapai kos projek yang diluluskan. Ini bermakna siling peruntukan sudah habis,” jawabnya.


RMK-11 adalah pelan pembangunan lima tahun dan merupakan pelan untuk tempoh 2016-2020.


Norlida Ishak Shop